SK MERANG

Pandangan dari atas kawasan Sekolah Kebangsaan Merang, Setiu, Terengganu

Barisan pentadbir SK Merang

Dari kiri: PK Pentadbiran, Guru Besar, PK HEM, PK KO

Barisan guru-guru SK Merang

Barisan tenaga kerja penggerak SK Merang

Pembelajaran Abad 21

Kebanyakkan ibu bapa, guru dan pelajar sudah mula mengenali perubahan pengajaran dan pembelajaran iaitu pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015.

SMART ENGLISH ZON SETIU UTARA DI SK MANGKOK 2016

TARIKH: 13 APRIL 2016
TEMPAT: SK MANGKOK, SETIU

Pertandingan Smart English peringkat zon, daerah dan negeri, adalah acara tahunan anjuran Yayasan Di Raja Sultan Mizan. Program ini adalah contoh perkongsian pintar antara Yayasan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri serta sokongan padu dan penglibatan para guru, program ini telah berjaya mencetuskan minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Pada tahun 2016 (13 April 2016), Sekolah Kebangsaan Mangkok, Setiu telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi program ini di peringkat zon Setiu Utara (Sekolah Rendah)

Sekolah Kebangsaan Merang telah menghantar seramai 20 orang murid yang terdiri daripada murid tahap satu dan dua. Pada keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai hasrat pihak penganjur. Tempat pertama dimenangi oleh SK Mangkok dan diikuti oleh SK Saujana dan SK Merang untuk tempat kedua dan ketiga. Selain daripada meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar di Terengganu, program ini telah berjaya mencetuskan minat dan mencungkil bakat para pelajar di samping menyumbang kepada usaha kerajaan dalam membina dan memajukan modal insan dalam kalangan anak-anak Terengganu. 



PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2016


Kem Membaca 1Malaysia merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.

Tema
“Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia”


Penasihat
En. Adziram bin Mohd Radzi
Pengerusi
En. Abdullah bin Ibrahim
Naib pengerusi 1
En. Zultalmizi bin Ahmad
Naib pengerusi 2
En. Zukni bin Din
Penyelaras
En. Wan Azmi bin Abdullah
Setiausaha
Pn. Nazifah binti Awang Mat
Juruacara
Pn. Norhafizah bt. Razali
Siaraya
YM. Tg. Ahmad Kamal bin Tg. Abd. Rahman
En. Kamalsyahrin bin Omar
Dokumentasi
Pn. Norsuwaibah bt. Kamarudin
Pn. Suraya Afia bt. Mohamad
Aktiviti
Pn. Wan Salwani bt. Wan Leh
En. Sulaimi bin Ngah
Hadiah
Pn. Rosmawati bt. Hasan
Buku program
Pn. Nazifah bt. Awang Mat
Penyelaras Pertandingan
Pn. Rahmaniah bt. Ahmad
Hakim
Pn. Fadzliah bt. Mohamad
Pn. Norlida bt. Mamat
En. Rushaidi bin Che Ramli
Pn. Zariah bt. Museh
Pn. Hasmah bt. Mustafa
Kawalan murid
En. Syed Muhammad Kamil Al Idrus
En. Nasaruddin bin Muda
Pn. Zanilah bt. Mamat
Pn. Norhaslinda bt. Mohd Yazit
Pn. Zurina bt. Zaki
Pn. Fauzimah bt. Mohamad
Pn. Siti Norsuriani bt. Mhmad Azizmy
Pn. Hairiani bt. Husin
Pn. Norizawati bt. Omar
Cik Nor Hazilawati bt. Ibrahim

 PERLAKSANAAN

Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan pada 4 April 2016 di dewan SK Merang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ismail bin Zakaria, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Permaisuri.  Guru Pusat Sumber Sekolah, En Wan Azmi bin Abdullah telah memberi taklimat Kem Membaca 1Malaysia kepada murid-murid. Program ini melibatkan murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Motivasi (Galakan Membaca), Program 15 Minit Bersama Buku, Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Mewarna, Dan ‘Smart Reading’.